Saturday, 4 February 2017

Fizo dah lama join "Usrah"...



> Fizo [Alang] di lokasi penggambaran "Syurga Tuhan Bukan Free Bro".



              Di dalam filem pendek yang bertajuk "Syurga Tuhan Bukan Free Bro!", "Fizo" ialah sahabat baik kepada "Rush" yang dilakonkan oleh Shafieq. "Alang" atau nama sebenarnya "Syahdan Auza'in" yang berusia 19 tahun tidak keberatan dalam mengambil keputusan untuk memegang watak "Fizo" dalam filem pendek ini.Untuk pengetahuan semua "Alang" ialah penuntut di Universiti Malaysia Pahang dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektronik. Samalah juga keadaannya dengan (Rush) Shafieq, dia mengambil peluang cuti semesternya untuk terlibat sama dalam pembikinan "Syurga Tuhan Bukan Free Bro!".
          
              Dalam filem pendek ini "Fizo" menjadi seorang ahli kepada satu kumpulan usrah yang diketuai oleh seorang naqib (ketua usrah). Watak "Fizo" tidak lari jauh daripada realiti kehidupan "Alang" yang juga merupakan ahli usrah yang terdiri daripada 13 orang termasuklah  Shafieq sejak 2 tahun yang lepas. Buat masa sekarang usrah ini diketuai oleh iaitu Abang Hafiz. Pada mulanya Abang Yus Suhaimi (Pengarah "Syurga Tuhan Bukan Free Bro!") merupakan naqib mereka tetapi tugas itu diserahkan kepada Abang Hafiz. Usrah ini diadakan pada setiap minggu dan kebiasaannya  Sekolah Rendah Islam (SRI) Aman Machang  menjadi lokasi "berusrah" pada setiap malam sabtu. "Alang" berpeluang menyertainya setiap kali pulang ke daerah tercinta pada musim cuti.


    > Alang bersama-sama geng usrahnya semasa "Usrah Reunion" yang diadakan pada September 
       2016.

               Untuk mengenali "Alang" dengan lebih dekat layari akaun Facebooknya :

Link :





              

No comments:

Post a Comment